Pages

Saturday, March 17, 2012

Pemandu jengkaut nyaris maut dirempuh kereta

Pemandu jengkaut nyaris maut dirempuh kereta - Terengganu - Sinar Harian:
Kemalangan
BUKIT BESI – Seorang pemandu jengkaut nyaris maut, apabila motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika dia cuba membelok ke simpang dekat sini, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika Mohd Saupi Ismail, 50-an, dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Jerangau, untuk pulang ke rumahnya di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.

Saupi yang menunggang motosikal Yamaha Legenda dipercayai cuba membelok ke simpang kanan, sebelum dirempuh sebuah kereta Honda Civic dari arah Dungun menghala ke Jerangau.

Kemalangan di Kilometer 73.3 Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Bukit Besi itu, menyebabkan mangsa cedera di bahagian kaki.

Motosikal milik mangsa rosak teruk manakala kereta Honda Civic berkenaan pula remuk di bahagian hadapan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Bukit Besi sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment