Pages

Thursday, March 8, 2012

Obama tidak anggap program nuklear Iran ancaman utama

myMetro | Obama tidak anggap program nuklear Iran ancaman utama:WASHINGTON: Presiden Barack Obama semalam berkata, program nuklear Iran tidak dianggap ancaman utama ketika ini, tetapi kuasa besar dunia akan “segera” berunding jika Teheran mahu menamatkan krisis berkenaan.
Kenyataan itu dibuat di sidang media pertama Obama di Rumah Putih dalam tempoh lima bulan dan cepat menarik perhatian calon presiden dari parti Republikan.

Ia juga dikeluarkan sehari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata dia tidak mampu menunggu lebih lama bagi mendapatkan hasil melalui diplomasi dengan Iran.
Dalam sidang media sama, Obama turut mengecam “cakap besar” Republikan dan kegagalan parti itu mempertimbangkan kos sesuatu perang.

“Tanggapan yang perlu kita pilih dalam tempoh satu atau dia minggu, sebulan atau dua bulan ini tidak dibuat berdasarkan fakta,” katanya.

Menurut Obama, pintu diplomasi boleh menggagalkan bom Iran.
Bagaimanapun, Obama turut mengingatkan, dia tidak akan bertolak-ansur jika Iran memiliki senjata nuklear dan sedia melancarkan serangan pada waktu sesuai.

Kenyataan itu dibuat selepas kuasa besar dunia memberikan reaksi terhadap kesediaan baru Teheran berbincang mengenai isu nuklear negara itu.
Kata Obama, kenyataan “segera” Teheran itu menunjukkan sama ada Iran serius mahu mengelakkan perang. Kini dalam usaha mendapatkan mandat bagi penggal kedua, Obama mengecam lawannya dari Republikan kerana menuntut tindakan ketenteraan dilakukan ke atas Iran.

Kenyataan Obama itu dibuat bagi mengulas desakan Republikan, terutama daripada tokoh paling popular parti itu setakat ini, Mitt Romney, yang menggesa tindakan ketenteraan diambil ke atas Iran.

“Serangan ke atas Iran bukan satu permainan atau boleh dilakukan begitu saja,” katanya. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment