Pages

Friday, March 2, 2012

Mala petaka jika serang

myMetro | Mala petaka jika serang: TEHERAN: Seorang pemerintah kanan tentera Iran semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa sebarang pertelingkahan ketenteraan dengan Iran akan membawa ‘mala petaka’ yang rumit kepada Washington.

“Memandangkan keadaan di Teluk Parsi ketika ini, Republik Islam Iran memopunyai kelebihan meskipun ia berdepan dengan tekanan yang semakin hebat,” kata Laksamana Ali Fadavi, pemerintah Tentera Laut Pengawal Revolusi Islam Iran.


Ali memberi amaran, Amerika Syarikat akan mengalami bencana yang besar dari segi ekonomi dan juga ketenteraan jika ia melancarkan serangan.

Beliau juga memperlekeh tekanan Barat terhadap ekonomi Iran dengan berkata, matlamat musuh negaranya untuk melemahkan republik Islam itu menerusi ekonomi juga akan berakhir dengan kegagalan.


Rumah Putih kelmarin memberi amaran sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran akan mengkucar-kacirkan kestabilan di Asia Barat, sekali gus mengancam keselamatan warga Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq.


Amaran itu dibuat beberapa hari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berbincang dengan Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu.

“Sebarang tindakan ketenteraan akan menyebabkan ketidakstabilan yang teruk di rantau itu,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.


Israel memberi pelbagai isyarat sejak beberapa minggu lalu mengenai kemungkinan ia melancarkan serangan terhadap Iran bagi menghentikan program nuklear republik Islam itu.

“Iran bersempadan dengan Afghanistan dan Iraq. Kita mempunyai kakitangan awam di Iraq. Kita ada anggota tentera di Afghanistan,” kata Carney pada taklimat media.


Setakat ini, Amerika Syarikat tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan Iran berusaha menghasilkan senjata nuklear, katanya.


Pentadbiran Obama berusaha untuk menyelesaikan isu program nuklear Iran menerusi saluran politik, termasuk pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa terhadap program nuklear Iran.


Menurut Carney, kekurangan bukti bahawa Iran berusaha mendapatkan senjata atom membolehkan Washington meneruskan dasar sekatan ekonomi. terhadap republik Islam itu. - Agensi


'via Blog this'

2 comments:

  1. Salam sahabat blogger,
    just nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
    link baru [www.erapasca.com]
    mohon update yer..
    terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!

    ReplyDelete
  2. Wahai Umat Islam semua !

    Ingatlah bahawa kebencian shiah kepada sunni lebih dpd kebencian kafir lain kepada sunni.

    ini kerana shiah juga asal yahudi.

    maka jgnlah percaya sandiwara US nak serang iran. mereka mungkin akan berlakun bertempur kecil2an utk menipu dunia.

    apala sangat bunuh beberapa org askar masing2 mcm konspirasi 911 demi utk mengabui mata dunia.

    US TIDAK AKAN SERANG IRAN !

    malah US lah yg menjatuhkan negara2 Afghanistan dan Iraq kemudian beri kuasa pada iran/shiah utk menghancurkan org sunni.

    sekarang shiah maharajalela membunuh kejam umat sunni di syria kerana bashar laknatullah adalah shiah.

    DAJJAL AKAN KELUAR DARI ISFAHAN, ISFAHAN ADALAH DI IRAN, IRAN ADALAH NEGARA SHIAH.

    iran/shiah akan menguasai tanah arab utk membuat kerosakan dan pembunuhan dendam kepada org sunni sehinggalah kemunculan al mahadi.

    wallahuaalam

    ReplyDelete