Pages

Saturday, March 24, 2012

Kokain punca Whitney Houston lemas




Whitney Houston


LOS ANGELES 23 Mac - Pejabat Koroner Los Angeles semalam mengesahkan, kematian penyanyi pop legenda Whitney Houston berpunca akibat lemas di dalam tab mandi selepas dia mengambil kokain yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
Jurucakap pejabat itu, Craig Harvey berkata, Houston, 48, mengalami serangan jantung sebelum terjatuh ke dalam tab mandi yang dipenuhi air di sebuah bilik hotel di Beverly Hills, bulan lalu.
“Kami yakin terdapat komplikasi jantung disebabkan pengambilan kokain sebelum dia lemas,” katanya.
Timbalan Ketua Koroner Penyiasatan, Ed Winter turut mengesahkan perkara itu.
“Kematian Houston merupakan satu kemalangan akibat tindak balas kokain di dalam badan yang menjadi punca dia lemas di dalam tab mandi.
“Ia tidak melibatkan sebarang trauma atau perbuatan khianat,” menurut laporan akhir koroner yang akan disiarkan dalam masa dua minggu lagi.
Houston ditemui mati pada 11 Februari lalu, sehari sebelum anugerah berprestij industri muzik Grammy Award diadakan dan beberapa jam selepas dia menghadiri parti pra-Grammy di Hotel Beverly Hilton.
Pelbagai spekulasi timbul berhubung kematiannya, antaranya akibat pengambilan alkohol bersama ubat preskripsi yang ditemui di dalam bilik hotel. – AFP

No comments:

Post a Comment