Pages

Sunday, March 18, 2012

Kabul kembali berlembut dengan Washington

myMetroKabul kembali berlembut dengan Washington:KABUL: Sehari selepas mempamerkan kemarahan atas sikap AS, kerajaan Afghanistan semalam kembali berlembut dan enggan memperbesarkan isu tuntutan supaya tentera asing dikeluarkan dari negara itu segera.
Semalam, jurucakap kerajaan, Aimal Faizi, berkata tuntutan Presiden Hamid Karzai bukan sesuatu yang baru dan sebahagian daripada dasarnya.

Aimal berkata, kehadiran tentera asing di kawasan perkampungan sering menimbulkan masalah dan dibuktikan dengan pembunuhan 16 orang awam baru-baru ini.
“Sejak sekian lama, kami meminta tentera asing jangan masuk ke kawasan kampung dan kini adalah masa untuk pasukan keselamatan Afghanistan menyediakan kawalan kepada orang awam,” katanya.

Khamis lalu, Kabul mengumumkan, Hamid memberitahu Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta, bahawa tentera asing mesti meninggalkan kawasan perkampungan di Afghanistan secepat mungkin.

Selain mengaku “hilang sabar,” Hamid juga berpendapat, Nato wajar menyerahkan kawalan keselamatan di negara itu kepada tanggungjawab Kabul pada tahun depan.
Pegawai AS berpendapat, kenyataan Hamid itu “konsisten” dengan jadual dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.

Bagaimanapun, ia mencetuskan kebimbangan terhadap keberkesanan operasi Nato yang sepatutnya berundur penuh dari Afghanistan dua tahun lagi. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment