Pages

Wednesday, March 28, 2012

Hukuman mati meningkat

myMetro | Hukuman mati meningkat:

LONDON: Amnesty International mencatatkan peningkatan mendadak dalam jumlah pelaksanaan hukuman mati di seluruh dunia sepanjang 2011.
Menurut laporan yang dikeluarkan kumpulan hak asasi manusia itu, sebahagian besar hukuman mati itu dilaksanakan di negara di Asia Barat.

Dalam laporan tahunannya, Amnesty melaporkan Iran, Iraq dan Arab Saudi menyumbang kepada peningkatan itu. Bagaimanapun, China menjatuhkan hukuman mati lebih banyak berbanding jumlah keseluruhan kes hukuman mati di negara lain.
Sementara itu, jumlah negara yang menjalankan hukuman mati turun kepada satu pertiga berbanding sedekad lalu.

“Hanya 20 negara masih menjalankan hukuman mati, manakala 178 negara tidak lagi mengamalkannya,” kata Setiausaha Agung Amnesty, Salil Shetty.

Menurut laporan itu, seramai 676 orang dihukum mati di 20 negara tahun lalu berbanding 527 kes hukuman mati di 23 negara pada 2010.
Amnesty tidak lagi mengeluarkan data hukuman mati di China kerana pihak berkuasa negara itu menganggapnya sebagai rahsia negara. Bagaimanapun Amnesty yakin jumlah hukuman mati di China mencapai ribuan kes.

Sementara itu, jumlah yang dicatatkan di Asia Barat meningkat hingga hampir 50 peratus iaitu sebanyak 558. Sebahagian besarnya dicatat di Iran yang menjatuhkan hukuman mati kepada 360 orang dan majoritinya pesalah dadah. Arab Saudi pula mencatat 82 hukuman mati berbanding 27 orang pada 2010. Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap 68 orang, meningkat daripada satu kes saja pada tahun sebelumnya. Amnesty juga mengecam Amerika Syarikat dan menganggap tindakan negara itu yang masih menjalankan hukuman mati sebagai memalukan. AS, satu-satunya negara demokrasi Barat yang masih menjalankan hukuman mati. "Pelaksanaan hukuman mati kebanyakannya dilakukan di China dan Iran dan kemudian Korea Utara, Iraq, Arab Saudi, Yaman, Somalia, dan sedihnya... Amerika Serikat," kata Salil Shetty. - AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment