Pages

Friday, March 23, 2012

Gempa sederhana 5.2 magnitud gegar Mexico


BANDARAYA MEXICO: Gempa susulan berukuran 5.2 magnitud menggegarkan bahagian tengah Mexico awal hari ini, selepas gempa kuat 7.4 magnitud dua hari lalu.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa susulan itu berlaku di kawasan sama gempa terkuat Selasa lalu di selatan negeri Guerrero yang berjajaran dengan sempadan negeri Oaxaca.

Sementara itu, Datuk Bandar Bandaraya Mexico, Marcelo Ebrard dalam Twitternya berkata, setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan yang teruk berikutan gempa susulan itu.
Namun, laporan tempatan menyebut beberapa pekerja pejabat bergegas keluar dari bangunan ketika gempa berlaku. - AFP

No comments:

Post a Comment