Pages

Wednesday, March 14, 2012

Gaza capai gencatan senjata

Gaza capai gencatan senjata - Global - Sinar Harian:
Gaza capai gencatan senjata
GAZA CITY - Israel dan kumpulan pejuang Islam Palestin di Genting Gaza mencapai persetujuan mengadakan gencatan senjata selepas berlaku keganasan yang meragut 25 nyawa rakyat Palestin dan 200 bedilan roket kepada anggota Israel.

Pejuang Palestin bertindak mengurangkan jumlah serangan roket mereka selepas perjanjian dicapai malam kelmarin, dan melakukan kurang daripada 10 serangan roket.

Dalam satu isyarat lanjut mengembalikan keadaan normal, pekan dan bandar di selatan Israel mengumumkan pelan pembukaan semula sekolah-sekolah yang ditutup sejak tiga hari lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengeluarkan isyarat komitmennya untuk perjanjian itu, sementara memberi amaran terhadap respon kuat bagi sebarang keganasan.

“Mesej kita, senyap akan membawa senyap. Sesiapa yang melanggar perjanjian itu atau berusaha melanggarnya, senjata api kami akan menemuinya,” tegas Netanyahu ketika berucap di Baitulmuqaddis.

Di Gaza, jurucakap pejuang jihad Islam memberitahu, kumpulan berkenaan mahu menghormati perjanjian itu tetapi Israel perlu menamatkan sasaran pembunuhan terhadap pejuang-pejuang Islam.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment