Pages

Sunday, March 11, 2012

Buang bayi dalam baldi - Semasa

Buang bayi dalam baldi - Semasa - Sinar Harian:ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui mati dalam sebuah baldi di sebuah rumah di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang ahli keluarga suspek yang dipercayai sengaja membuang bayi tersebut.

“Polis sudah menahan suspek wanita berusia 22 tahun itu yang masih belum berkahwin. Rahsia wanita itu terbongkar apabila dia mengadu pada abang kandungnya bahawa dia sakit perut, pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam

Menurutnya, abang kepada suspek itu yang tidak mengesyaki adiknya hamil, kemudian telah membawa suspek ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau tetapi suspek dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati suspek baru sahaja melahirkan anak dan abang suspek terus membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam,” katanya.

Ku Yaacob berkata, suspek yang masih dirawat di HSB dibawa ke rumahnya semalam untuk menunjukkan lokasi di mana dia membuang bayi berkenaan.

“Mengikut keterangan suspek, dia buang bayi itu dalam baldi di rumahnya. Dia kemudian tutup baldi itu dengan menggunakan kain. Malangnya, sebaik sahaja dijumpai pihak polis, bayi itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment