Pages

Saturday, March 10, 2012

Bertatu kerana kecewa

Bertatu kerana kecewa - Global - Sinar Harian: "MEXICO CITY - Sekali pandang, tidak siapa akan menyangka wanita ini pernah bergelar seorang peguam tetapi kini dia lebih selesa dengan gelaran Jaguar Woman.

Ibu kepada empat anak, Maria Jose Cristerna, 36, sanggup mengubah dirinya menjadi rupa yang agak mengerikan sebagai tanda protes selepas hidup merana selama 10 tahun akibat keganasan rumah tangga.

Cristerna yang turut digelar ‘Mujer Vampiro’ (puntianak) oleh masyarakat setempat mendakwa dia mula bertatu seawal umur 14 tahun dan memutuskan untuk mengubah rupa serta fizikalnya selepas gagal dalam perkahwinan pertama.

Cristerna menganggap perbuatan bertatu kononnya sebagai simbol kebebasan selepas dia menjadi mangsa penderaan fizikal bekas suaminya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment