Pages

Saturday, March 10, 2012

Bekas ketua perisik Israel tidak setuju serang Iran


WASHINGTON: Bekas ketua agensi perisik Israel, Mossad menyifatkan serangan terhadap Iran sebelum menggunakan semua pendekatan lain adalah satu kesilapan selain meletakkan kepercayaan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk campur tangan apabila diperlukan.

Dalam petikan temuramah dengan program 60 Minutes CBS yang disiarkan Ahad, Meir Dagan berkata, beliau percaya rejim Iran sangat rasional termasuk pemimpinnya Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

“Serangan terhadap Iran sebelum anda meneroka semua pendekatan bukanlah cara yang betul, dan (Presiden Obama) secara terbuka menyatakan pilihan tindakan ketenteraan masih dalam rundingan dan beliau tidak akan membiarkan Iran menjadi negara nuklear dan daripada pengalaman saya selalu mempercayai presiden Amerika,” katanya.
Pentadbiran Obama mengekalkan sekatan ketat terhadap Iran dan usaha diplomatik perlu diberi lebih masa sebelum melancarkan sebarang serangan ke atas Iran.

Pemimpin Israel, bagaimanapun, berkata sudah sampai masa untuk melancarkan serangan mengejut.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata sekatan terhadap Iran tidak berhasil dan tiada seorang pun daripada mereka yang mampu menunggu lebih lama.

Dagan yang bersara pada Januari 2011 selepas lapan tahun berkhidmat sebagai pengarah perisikan Israel, berulang kali memberi amaran bahawa serangan itu boleh menggagalkan usaha menghalang cita-cita atomik Iran serta meletakkan rantau itu dalam konflik.
Dalam temuramah itu, Dogan tidak percaya Iran malam segera menghasilkan bom atom kerana mereka tahu akan menerima padah.

“Tidak syak lagi, mereka menimbang kesan keseluruhannya. Mereka akan hadapi akibat buruk dan saya yakin Iran pada ketika ini sangat berhati-hati dengan projek ini,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment