Pages

Saturday, March 10, 2012

Banjir Australia telan kerugian RM1.6 bilion di New South Wales

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


SYDNEY 9 Mac - Nilai kerugian akibat krisis banjir di Australia dijangka melebihi AUS$500 juta (RM1.6 bilion) bagi negeri New South Wales sahaja, ketika pakar cuaca meramalkan hujan lebat akan berterusan di beberapa tempat.
Selain New South Wales, negeri-negeri di bahagian barat Australia termasuk Queensland dan Victoria turut menerima hujan lebat berpanjangan lebih daripada seminggu, menyebabkan beratus-ratus rumah ditenggelami banjir, merosakkan jalan raya dan jambatan serta memusnahkan ladang pertanian.
"Kerugian yang dialami setakat ini sudah mencecah angka tersebut. Ramalan kaji cuaca pula menyatakan cuaca bulan depan lebih teruk daripada yang dialami setakat ini berikutan fenomena La Nina," kata Menteri Pelabuhan dan Jalan Raya New South Wales, Duncan Gay.
Fenomena itu biasanya membawa lebih hujan berbanding biasa, apabila Sydney mencatatkan jumlah hujan sekitar 119 milimeter semalam, yang tertinggi sejak 2007.
Sementara itu, paras air di beberapa kawasan sekitar New South Wales mula menunjukkan tanda-tanda akan surut, namun penduduk di bahagian hilir pula berdepan dengan ancaman banjir berikutan limpahan air dari sungai Murrumbidgee, Lachlan dan Hawkesbury.
Penghuni kawasan pedalaman seperti di bandar Condobolin dan Narrandera berdepan dengan amaran banjir, manakala penghuni Victoria pula berharap tetambak sungai yang berdekatan dengan kediaman mereka mampu bertahan.
Di Sydney, hujan lebat semalam menghanyutkan kenderaan dan menenggelamkan landasan kereta api, menyebabkan penghuni di pinggir bandar barat laut Australia itu diarahkan bersedia meninggalkan kediaman mereka.
Lain-lain tempat seperti di bandar pedalaman Wagga Wagga, pekerja bencana memulakan kerja pembersihan berikutan paras air banjir mula menurun. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment