Pages

Tuesday, March 13, 2012

Askar AS bunuh ketika mabuk

Berita Harian Online | Askar AS bunuh ketika mabuk:ANAR GUL menceritakan serangan askar Amerika yang membunuh cucu lelakinya di  Panjwai, Kandahar, kelmarin.
ANAR GUL menceritakan serangan askar Amerika yang membunuh cucu lelakinya di Panjwai, Kandahar, kelmarin.
KANDAHAR: Beberapa askar Amerika Syarikat terbabit dalam pembunuhan 16 orang awam Afghanistan termasuk sembilan kanak-kanak di wilayah Kandahar, selatan negara itu dan Parlimen menuntut anggota tentera asing itu diadili berdasarkan undang-undang tempatan. 

Mereka ketawa serta mabuk ketika masuk ke kediaman mangsa dan melepaskan tembakan. Berita terbaru ini bercanggah dengan laporan awal mengatakan hanya seorang askar terbabit dan dia sudah ditahan.
“Kami tuntut dan menjangka kerajaan Amerika akan menghukum pesalah dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan terbuka di Afghanistan.
“Penduduk Afghanistan semakin hilang sabar dengan sikap tentera asing yang tidak memahami tata susila tempatan,” menurut kenyataan Parlimen. 

Mengulas apa yang menimpanya, seorang lelaki Afghanistan berkata, anaknya mati terkena tembakan dan menuduh askar Amerika membakar mangsa. 

Saksi memberitahu sekumpulan askar Amerika tiba di perkampungan mereka di daerah Panjwayi pada 2 pagi waktu tempatan, masuk ke beberapa kediaman dan melepaskan tembakan. 

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, menyifatkannya pembunuhan kejam dan menuntut Washington memberi penjelasan.. 
Seorang mangsa, Haji Samad berkata, 11 anggota keluarganya terbunuh dalam rumah termasuk anaknya. Gambar menunjukkan dinding dekat tempat tidur kanak-kanak itu berlumuran darah. 

“Mereka (askar Amerika) mencurah kimia ke atas mayat dan membakarnya. Kesemua 11 sanak saudara termasuk anak dan cucu saya maut,” katanya. 

Jiran di kawasan itu berkata, mereka terbangun kerana mendengar bunyi tembakan askar Amerika yang mabuk serta ketawa. 

“Mereka semua mabuk dan melepaskan tembakan membabi buta. Mayat penuh dengan kesan tembakan,” kata Agha Lala yang mengunjungi salah satu rumah yang terbabit. – Agensi/AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment