Pages

Friday, March 16, 2012

Ahli Parlimen Afghanistan kecam AS

myMetro | Ahli Parlimen Afghanistan kecam AS:KABUL: Ahli Parlimen Afghanistan semalam meluahkan kemarahan ekoran tindakan Amerika Syarikat menerbangkan tenteranya yang dituduh membunuh 16 orang awam keluar dari negara itu ke Kuwait.
Mereka juga mengatakan Kabul tidak perlu menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Washington melainkan suspek menghadapi keadilan di Afghanistan. Rundingan mengenai perjanjian yang akan menentukan kehadiran tentera AS di Afghanistan selepas seluruh pasukan berundur pada akhir 2014 menghadapi ketegangan, malah sebelum kejadian pembunuhan orang awam itu, termasuk sembilan kanak-kanak di wilayah selatan Kandahar Ahad lalu.

Pembunuhan itu berlaku di tengah bantahan bulan lalu yang dicetuskan tentera As yang membakar al-Quran dan teks Islam lain. Lebih 30 orang terbunuh dalam demonstrasi itu hingga tentera Afghanistan berpaling dan mengacukan senjata ke arah sekutu mereka membunuh enam tentera AS.
AS menerbangkan suspek keluar dari negara itu petang kelmarin kata pegawai AS. Tentera AS, berkata perpindahan itu tidak menghalang kemungkinan kesnya dibicarakan di Afghanistan, tetapi ia tidak meredakan kemarahan rakyat Afghanistan terhadap tindakan itu. Anggota Parlimen yang menjadi ahli dalam jawatankuasa siasatan kes pembunuhan itu, Mohammad Naeem Lalai Hamidzai, berkata keluarga mangsa mahukan suspek dibicara di Afghanistan.

“Ia tuntutan keluarga mangsa dalam insiden itu, permintaan penduduk Kandahar dan Afghanistan supaya suspek dibicarakan di sini,” katanya. - Sementara itu, Pentagon berkata, AS tidak mempunyai kemudahan pusat tahanan bersesuaian di Afghanistan.

AS berkata, tindakan pemindahan itu membolehkan pihaknya melakukan pengurungan sementara bagi menanti perbicaraan sebenar, selain menyediakan prosedur undang-undang untuk memastikan perbicaraan secara adil dan telus dilaksanakan. - AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment