BEBERAPA penduduk kampung mengalihkan bangkai sebuah van yang dirempuh kereta api di Tasikmalaya, Indonesia semalam. |
JAKARTA - Seramai 10 orang daripada sebuah keluarga maut semalam selepas sebuah van yang mereka naiki dirempuh kereta api di bandar Tasikmalaya.
Van itu membawa 14 orang yang melalui lintasan kereta api di bandar tersebut di wilayah Jawa Barat.
Menurut polis, pemandu van itu tidak sedar ketibaan kereta api berkenaan semasa melalui lintasan tersebut.
"Van itu diheret antara lima hingga enam meter sebelum terbalik ke sawah padi," kata seorang pegawai polis, Suherman.
Beliau berkata, tujuh orang mati di tempat kejadian, tiga di hospital manakala empat penumpang lagi berada dalam keadaan kritikal.
"Mereka cedera di seluruh badan dan peluang untuk hidup amat tipis," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment