Pages

Thursday, February 2, 2012

Wanita nafi cuba potong kemaluan suami

LOS ANGELES: Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat berusia 69 tahun yang dituduh cuba memotong kemaluan suaminya dengan gunting mengaku tidak bersalah, semalam.

Virginia Valdez yang membayar AS$100,000 (RM320,000) wang ikat jamin dan dibebaskan daripada tahanan Disember lalu beberapa hari selepas serangan itu pada hari jadi ke-62 suaminya.


Dia dilarang daripada mengadakan sebarang hubungan dengan suaminya.

Virginia yang dituduh menyebabkan kecederaan kepada pasangannya dan melakukan serangan menggunakan senjata yang boleh membunuh, diarahkan oleh hakim untuk tampil di mahkamah semula pada 10 April. - AFPmyMetro | Wanita nafi cuba potong kemaluan suami:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment