WANITA Iran ini mengimbangi badan dengan meletakkan kedua-dua belah kaki di atas badan dua rakannya dalam latihan di sebuah kelab Ninjutsu di Karaj pada Isnin lalu. |
TEHERAN, Iran - Sekumpulan wanita Iran menyertai kelas seni mempertahankan diri Jepun, Ninjutsu di negara ini, lapor agensi berita Reuters.
Kira-kira 3,000 hingga 3,500 wanita Iran berlatih di kelab-kelab Ninjutsu yang dikendalikan secara persendirian di Iran yang dipantau oleh Kementerian Persekutuan Sukan Seni Mempertahankan Diri.
Ninjutsu merupakan cabang ninja yang memerlukan seseorang pelatih itu melakukan pengintipan, penyusupan, sabotaj dan pembunuhan.
Antara latihan yang diikuti wanita di Iran itu ialah mereka berlari di atas dinding dan menggunakan pedang semasa berlawan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment