Pages

Friday, February 17, 2012

Wanita India cetus revolusi tandas dapat ganjaran

NEW DELHI: Seorang wanita India diberikan ganjaran kerana keputusan beraninya meninggalkan kediaman suaminya dalam tempoh beberapa hari selepas berkahwin sebagai membantah ketiadaan tandas di rumah itu, kata pihak berkuasa, semalam.
Anita Narre akan diberikan AS$10,000 (RM32,000) oleh sebuah organisasi, Sulabh International kerana enggan melepaskan hajat di kawasan terbuka dan mencetuskan “revolusi tandas” di kampungnya di Madhya Predesh, menurut majistret daerah, B Chadrasekhar.


“Anita mendorong wanita lain di kampungnya memujuk pasangan mereka supaya membina tandas. Kampung itu berubah hari ini, terima kasih kepada tindakan beraninya,” katanya. Anita meninggalkan kediaman suaminya, Shivram, seorang buruh selepas perkahwinannya Mei tahun lalu kerana tiada tandas di dalam rumah itu. Dia pulang hanya apabila suaminya sudah membina sebuah tandas dengan bantuan pegawai daerah.

Chandrasekhar berkata, kempen kebersihan yang menawarkan pembinaan tandas di daerah itu secara percuma sebelum ini dihalang kerana penduduk kampung menyangka mempunyai kemudahan itu di dalam rumah adalah kotor. - AFP

No comments:

Post a Comment