MANILA 9 Feb. - Usaha pasukan penyelamat Filipina mencari sekurang-kurangnya 71 orang yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di selatan Manila ekoran gempa bumi Isnin lalu, semakin sukar ekoran kekurangan peralatan dan terpaksa berdepan cuaca hujan.
Seramai 30 orang disahkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat dan gempa bumi berukuran 6.9 skala Ricther pada Isnin lalu.
Operasi mencari 29 penduduk yang hilang di perkampungan Planas yang terletak di Guihulngan City, kira-kira 570 kilometer di selatan Manila, terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran kebimbangan hujan lebat yang boleh menyebabkan berulang kejadian tanah runtuh.
Kapten Tentera, Anacito Naz berkata, peralatan berat digunakan berdekatan pekan La Libertad untuk mengorek tanah sedalam tiga meter dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Solongon, untuk mencari 42 orang yang masih hilang.
Katanya, pasukan penyelamat setakat ini hanya menemui satu mayat dan bangkai binatang.
Ketua Jabatan Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, empat mayat dikeluarkan dalam satu lagi kejadian tanah runtuh di pekan Jimalalud, menjadikan angka rasmi kematian meningkat kepada 30 orang.
Ramos sebelum ini turut menyuarakan kebimbangannya terhadap peluang tipis untuk mencari mangsa yang terselamat. - DPA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment