Pages

Saturday, February 18, 2012

Telaga digali sembur gas, lumpur dan batu kelikir

PAMEKASAN - Seorang penduduk di kampung Batu Lengkong di daerah Pamekasan, Jawa Tengah terkejut selepas telaga yang digalinya menyemburkan gas, lumpur dan batu kelikir.
Menurut Rasyidi yang menggali telaga itu, dia telah menemui sumber air ketika penggalian mencapai kedalaman 28 meter, tetapi pemilik telaga memintanya untuk terus menggali lebih dalam kerana banyak telaga akan kering pada musim kemarau.
"Saya terus menggali dan kemudiannya bukan air yang keluar tetapi gas berserta lumpur.
"Saya terus menghentikan penggalian kerana takut ia akan meletup. Semburan gas itu juga disertai dengan bau belerang yang sangat kuat," katanya kepada Kompas.com.
Kawasan telaga itu kini dikawal ketat oleh polis kerana terdapat kemungkinan ia akan meletup jika terkena percikan api.
Keluarga yang tinggal berhampiran dengan telaga itu juga telah berpindah ke rumah sanak saudara atau jiran mereka buat sementara waktu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment