TEHERAN: Televisyen Iran semalam melaporkan negara itu mencatatkan kemajuan dalam program nuklearnya dengan menghasilkan pengempar pengayaan uranium baru dan mengeluarkan sendiri plat tenaga reaktor nuklearnya sendiri.
Pengumuman itu sudah pasti akan mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat dan sekutunya yang percaya Iran meneruskan usaha untuk menghasilkan senjata atom.
“Iran berjaya menghasilkan pengempar generasi keempat yang dibuat daripada gentian karbon yang lebih cepat, menghasilkan air yang lebih sedikit dan tidak memakan banyak ruang ketika ia berputar dengan kelajuan supersonik untuk mengayakan uranium, lapor televisyen negara itu. - AP
No comments:
Post a Comment