Seorang pegawai perisikan Amerika yang enggan dikenali memberitahu wartawan, Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Ehud Barak memaklumkan hal itu kepada beberapa pegawai kanan Amerika yang melawat Tel Aviv, termasuk Pengerusi Ketua Turus Bersama, Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih dan Pengarah Perisikan Kebangsaan serta anggota kanan Kongress.
Netanyahu juga memberitahu mesej yang sama kepada semua pegawai Amerika yang datang ke Israel untuk berunding.
Pegawai Israel berkata, sekiranya mereka mengambil keputusan untuk melancarkan serangan, mereka tidak akan memberitahu Washinton bagi mengurangkan kemungkinan Amerika Syarikat akan dipertanggungjawabkan kerana gagal menghalang Israel bertindak demikian.
Amerika Syarikat berusaha sejak beberapa bulan lalu bagi mempengaruhi Israel supaya tidak melancarkan serangan dengan berkata, ia hanya akan menjejaskan program nuklear Iran untuk seketika saja.
Rumah Putih enggan mengulas dakwaan pegawai berkenaan, begitu juga dengan Pentagon dan Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan serta Kedutaan Israel.
Amaran sulit itu sudah pasti membimbangkan pegawai Amerika dan mendorongnya untuk memulakan rundingan peringkat tinggi. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment