Pages

Thursday, February 2, 2012

Rakaman audio pasca pembunuhan Presiden Kennedy ditemui semula



John F. Kennedy dan isteri, Jacqueline disambut orang ramai sejurus mendarat di Dallas, Texas pada 22 November 1963, beberapa jam sebelum dia ditembak mati. - AGENSI


WASHINGTON 1 Feb. - Rakaman audio peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy yang hilang, ditemui kembali, menarik perhatian pakar sejarah untuk meneliti lebih lanjut.

Kira-kira 50 tahun selepas pembunuhan pada 22 November 1963, rakaman selama dua jam dan 22 minit itu ditemui dalam barangan peribadi milik pembantu kanan tentera Kennedy, Mejar Jeneral Chester Clifton yang meninggal dunia pada 1991.

Pita audio berkenaan mengandungi lebih 30 minit rakaman yang sebelum ini tidak pernah didengari mengenai perbualan di atas pesawat Air Force One ketika mayat Kennedy dibawa balik ke Washington dari Dallas.

Ia turut melibatkan kod nama baru dan kejadian termasuk perbualan peribadi ketua Agensi Perkhidmatan Rahsia, Jerry Behn mengenai di mana mayat itu dan rancangan untuk membawa Wanita Pertama, Jacqueline Kennedy.

Rakaman diperolehi oleh Raab Collection, peniaga dokumen jarang ditemui di Philadelphia yang menyumbangkan salinan digital kepada National Archives.

Pakar berkata, rakaman audio itu akan menimbulkan perdebatan antara ahli teori konspirasi terutama mengenai pesaing utama Kennedy, Curtis LeMay yang namanya hilang daripada versi asal rakaman audio yang telah ditapis.

LeMay merupakan Ketua Turus Tentera Udara berpangkat jeneral ketika itu yang mempunyai pendapat berbeza dan sering bertelagah dengan Kennedy.

''Orang ramai sememangnya ingin mengetahui di mana LeMay berada pada hari kejadian Kennedy dibunuh dan terdapat mesej bercampur mengenainya.

''Rakaman audio ini memberikan lokasi di mana dia berada,'' kata ahli sejarah, Douglas Brinkley kepada CNN.

Raab Collection ingin menjual rakaman asal bersama pita dan kotak asalnya yang dilabelRadio Traffic involving AF-1 in flight from Dallas, Texas to Andrews AFB on November 22, 1963dengan harga AS$500,000 (RM1.5 juta). - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment