GAMBAR fail menunjukkan Benigno Aquino bersama dengan personaliti media, Grace Lee di Istana Malacanang, Manila pada 23 Disember tahun lalu. |
MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino yang masih bujang menyatakan semalam beliau berharap akan dapat mencari seorang isteri.
Aquino yang berusia 52 tahun dalam bulan ini baru-baru ini mengesahkan beliau keluar temu janji dengan seorang wanita Korea Selatan.
Namun, katanya, beliau telah mencari seorang calon isteri selama beberapa tahun tetapi gagal untuk menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya.
"Saya telah merancang perkara ini bagi tempoh yang lama, sejak zaman kolej. Namun, saya menjadi tidak bertuah," katanya kepada pemberita.
"Ekoran bebanan di pejabat, jika terdapat seseorang yang anda dapat berbual, seseorang yang boleh dipercayai, seseorang yang boleh memberitahu anda bahawa anda masih membuat sesuatu yang baik, kemudian pastinya, ia akan menjadi inspirasi anda," tambahnya kepada pemberita.
Pada awal bulan ini, beliau disahkan menemui seorang personaliti media, Grace Lee, 29.
Lee berpindah ke Filipina dari Korea Selatan semasa masih kanak-kanak dan merupakan hos bersama program radio muzik di Manila dan beberapa program televisyen.
Pada lewat tahun 2010, kakaknya telah mendedahkan beliau berkenalan dengan seorang jurugaya wanita selepas dipilih menjadi Presiden. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment