Pages

Wednesday, February 8, 2012

PM Sweden mahu pekerja bersara pada umur 75 tahun


STOCKHOLM - Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt mahu penduduknya memikirkan untuk bekerja sehingga berumur 75 tahun dan bersedia untuk mengubah kerjaya selepas berumur 50 tahun.

Beliau membuat kenyataan itu pada satu temu ramah dengan akhbar Dagens Nyheter semalam.

Perdana Menteri itu membuat komen tersebut selepas beliau mengadakan satu pertemuan di sini dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron dan para pemimpin dari negara-negara Baltik.

Reinfeldt berkata, majikan perlu menggaji pekerja yang berumur lebih 55 tahun.

Sweden ketika ini membenarkan pekerjanya bersara awal pada umur 61 tahun tetapi mereka boleh bekerja sehingga berumur 67 tahun.

Beliau berkata, negara ini yang mempunyai sistem pencen dan kebajikan tidak dapat menampung pembiayaan ke atas penduduk yang semakin tua melainkan mereka bekerja lebih lama. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment