Pages

Tuesday, February 14, 2012

Mahmoud tak mahu runding

KAHERAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberitahu Liga Arab semalam, beliau tidak akan meneruskan rundingan damai selagi Israel tidak membekukan pembinaan penempatan Yahudi.

Mahmoud menjadi sasaran tekanan antarabangsa supaya menyambung semula rundingan sempadan peringkat bawah yang bermula bulan lalu.


Kenyataannya semalam dilihat menutup semua pintu rundingan kerana Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu berulang-kali menolak gesaan membeku pembinaan penempatan Yahudi di samping gesaan supaya Israel berundur ke sempadan sebelum Perang 1967.

Mahmoud berkata, dia sudah menghantar surat yang mengandungi syarat untuk menyambung semula rundingan kepada Netanyahu - AFP

myMetro | Mahmoud tak mahu runding:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment