Pages

Monday, February 13, 2012

Mahmoud akan dedah kejayaan besar nuklear

TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad akan mengumumkan “kejayaan besar” dicapai dalam program nuklear negara itu tidak lama lagi, lapor media semalam.

Dalam ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-33 Revolusi Islam Iran, Mahmod berkata, dalam bidang nuklear, pelbagai kejayaan dicapai sejak beberapa tahun lalu.


“Dunia menyaksikan kuasa besar menggunakan segala cara untuk menghalang Iran mencapai kemajuan dalam bidang nuklear.

“Kini, bukan saja Iran menjadi negara memiliki kuasa nuklear, malah berjaya memenuhi sejumlah besar keperluan dalam sektor ini,” katanya.


Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah baru-baru ini meningkatkan tekanan dengan mengenakan sekatan ke atas industri minyak dan Bank Pusat Iran.


Sekatan Barat dan ancaman serangan menggunakan tentera juga berulang-kali dibuat bagi memaksa Teheran menghentikan program nuklear yang didakwa mempunyai motif ketenteraan.


Bagaimanapun, Iran sentiasa menafikan dakwaan itu dan bertegas ia bertujuan untuk keamanan. - AP


myMetro | Mahmoud akan dedah kejayaan besar nuklear:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment