Pages

Monday, February 27, 2012

Lebih 80,000 rakyat Syria lari ke Jordan

Berita Harian Online | Lebih 80,000 rakyat Syria lari ke Jordan: AMMAN: Lebih 80,000 rakyat Syria melarikan diri ke Jordan berikutan hampir 11 bulan keganasan di tanah air mereka, kata seorang pegawai kerajaan Jordan semalam.

Bilangan pelarian yang ramai, yang jauh lebih tinggi berbanding angka yang dilaporkan sebelum ini oleh kerajaan Jordan, membuktikan pertumpahan darah yang semakin buruk di Syria berikutan tindakan Presiden Bashar al-Assad cuba menghentikan pemberontakan rakyat negara yang mahukan dia meletak jawatan.
Menteri Penerangan Jordan, Rakan al-Majali, semalam berkata 73,000 pelarian memasuki negara itu dari Syria menerusi sempadan utara Jordan. Perangkaan mengandungi pelarian yang memasuki negara itu secara sah.
Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Syria termasuk pegawai pasukan keselamatan memasuki Jordan secara haram sejak kebangkitan bermula, menjadikan bilangan pelarian di negara itu secara kasar mencecah 83,000.

Pelarian yang melarikan diri daripada tindakan ganas Assad mendapat bantuan di Jordan. Kebanyakan mereka ditempatkan di pangsapuri dan sebahagiannya dibantu oleh keluarga Jordan dan menerima bantuan kerajaan, kumpulan persendirian dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Presiden kebajikan Kitab dan Sunnah, salah satu kumpulan bantuan yang diiktiraf secara rasmi membantu pelarian Syria mendapatkan rumah, makanan dan bantuan rawatan, Zaid Hamad, berkata perangkaan kerajaan tepat dan meramalkan bilangan akan bertambah.

Hamad berkata, pertubuhannya saja membantu sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Syria di negara itu.
“Saya percaya dalam masa sebulan bilangan itu akan terus meningkat kerana kami menerima sekurang-kurangnya 40 pelarian sehari,” katanya. – AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment