Pages

Monday, February 13, 2012

Lebih 30 juta penduduk Iran tak boleh akses e-emel

TEHERAN - Lebih 30 juta penduduk di Iran gagal untuk mengakses perkhidmatan e-emel seperti Gmail, Yahoo dan Hotmail, menurut media tempatan, kelmarin.

Agensi berita Mehr melaporkan pihak berkuasa syarikat telekomunikasi nasional enggan mengulas masalah itu dan hanya menyatakan gangguan sejak Khamis lalu tiada kaitan dengan mereka.

Sejak berlakunya huru-hara dalam pilihan raya 2009, Iran telah mengenakan sekatan terhadap penggunaan Internet termasuk beberapa perkhidmatan laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Voice of America dan BBC Farsi.

Lebih 30 juta penduduk Iran tak boleh akses e-emel - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment