Pages

Sunday, February 12, 2012

Laman web CIA kena godam

WASHINGTON: Laman web Agensi Perisikan Pusat (CIA) tidak dapat diakses semalam selepas kumpulan penggodam tanpa nama mendakwa menggodamnya.

“CIA sudah padam,” kata seorang anggota kumpulan itu di Twitter. “Sudah padam” adalah ekspresi digunakan anggota perisik khas apabila mereka berjaya membunuh musuh.


Percubaan untuk mengakses laman web CIA tidak berjaya.

Lebih dua jam selepas serangan pertama itu laman web berkenaan mendapat mesej mengatakan laman itu tidak boleh diakses. Ketika ditanya mengenai serangan laman web itu, jurucakap CIA berkata, pihaknya sedar dengan masalah yang timbul dan berusaha menanganinya. - AFP

myMetroLaman web CIA kena godam:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment