Pages

Thursday, February 16, 2012

KEAJAIBAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH...


 


SEORANG penguasa Yahudi berkata: "Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jum'at..." (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani)...

"Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah, kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan... Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak mampu bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangisan masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain)...

Kenapa maka solat subuh itu memperoleh perhatian utama? Sebab Allah SWT sendiri telah menegaskannya dalam Al Quran: "Dan (dirikanlah pula solat subuh). Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)". ( Al Isra (17) ayat 78 )..

Salat subuh memang merupakan kayu ukur keimanan seseorang... Jika ada seorang mukmin-walaupun ia kerap puasa, tilawah Al Quran, berzikir atau bahkan ia seorang ustaz sekalipun, namun ia masih merasa berat untuk bangun menghadiri solat subuh berjemaah di masjid, maka ia harus banyak bermuhasabah, jangan-jangan ia termasuk dalam kategori sabda Rasulullah SAW : "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat subuh" (HR.Ahmad)... Dr. Raghib As-Sirjani, berkata: "Seorang ustaz yang tidak menjaga solat subuh dalam berjemaah, tetapi dia berbicara dan berceramah dalam sebuah majlis tentang tegaknya agama Allah dimuka bumi, Naif !"....

Diceritakan satu ketika Rasulullah SAW solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur... Maka beliau pun membalikkan tubuh Fatimah dengan kakinya, kemudian berkata: "Hai Fatimah, bangun... dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah S.W.T. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari".. ( HR.Baihaqi )...

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan salat isya secara berjemaah , maka ia seperti solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan salat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat satu malam penuh"... Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah solat malam di rumah, sesuai kemampuan, dan diakhiri dengan solat subuh secara berjemaah di masjid.. Wallahualam.**
By Ramli Joned

No comments:

Post a Comment