Pages

Thursday, February 2, 2012

Jurujual tertipu beri gelang emas

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual kerugian kira-kira RM1,500 selepas gelang tangan emasnya diserahkan kepada seorang lelaki sebagai cagaran sebaik ditawarkan satu pekerjaan bergaji tinggi di sebuah butik terkenal di Bukit Bintang, Isnin lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu sedang bekerja semasa didatangi lelaki berusia lingkungan awal 30-an kira-kira jam 3.30 petang.


Sumber berkata, mangsa ditawarkan gaji yang lebih tinggi untuk bekerja di butik berkenaan dan selesai mengisi borang, lelaki itu meminta gelang tangan emas dipakai mangsa untuk dijadikan jaminan.

Kerana percaya dengan kata-kata lelaki itu, mangsa menyerahkannya.

No comments:

Post a Comment