Pages

Saturday, February 11, 2012

Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi



MAYAT wanita yang dikebumikan 30 tahun lalu masih berkeadaan baik di kampung Jangkar, Jawa Timur.


SITUBONDO - Walaupun telah 30 tahun dikebumikan, jenazah seorang wanita di kampung Jangkar, Jawa Timur didapati masih utuh dan berbau wangi.

Peristiwa aneh itu terjadi ketika ahli keluarganya mahu memindahkan kuburnya ke tempat lain supaya ia berdekatan dengan kubur suaminya.

Insiden itu turut menggemparkan penduduk setempat yang kemudian beramai-ramai datang untuk melihat sendiri mayat tersebut dan beramai-ramai membacakan doa.

Menurut ahli keluarga jenazah itu, Sukiyem ketika hidupnya dikenali sebagai seorang yang penyabar dan rajin mengerjakan ibadah.

"Dia juga seorang yang peramah dan baik dengan jirannya.

"Saya sendiri hairan bagaimana jasadnya masih lagi utuh dan berbau wangi walaupun telah 30 tahun dikebumikan," kata seorang daripada ahli keluarga jenazah itu, Ismail kepadaOkezone.com.

Menurut Ismail, jenazah itu tetap akan dipindahkan ke makam lain yang berdekatan dengan kubur suaminya. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

"

'via Blog this'

2 comments:

  1. Itu kan gambar firaun..

    ReplyDelete
  2. pic tu pic firaun. bkn pic pompuan itu. kalu x percaya boleh search kt google. itu bkn mayat perempuan itu tapi mayat 'FIRAUN'. cerita tersebut adalah cerita benar tapi pic tu pic x benar.

    ReplyDelete