Pages

Sunday, February 19, 2012

Iran: Israel akan buat keputusan sendiri

BAITULMAQDIS: Israel akan membuat keputusan sendiri berhubung serangan terhadap Iran, kata ketua turus angkatan tenteranya dalam temubual yang disiarkan semalam ketika pegawai kanan Amerika Syarikat tiba untuk mesyuarat berhubung republik Islam itu. “Israel adalah penjamin utama keselamatannya, ini adalah tugas kami sebagai tentera, Israel akan mempertahankan dirinya sendiri," kata Leftenan Jeneral Benny Gantz kepada saluran kebangsaan, Channel One TV. Sejak beberapa minggu lalu terdapat spekulasi bahawa Israel hampir melancarkan serangan ke atas program nuklear Iran walaupun negara Yahudi itu menafikan ia sudah mencapai kata putus itu. Ketegangan antara Iran dan Israel kian hebat apabila kapal perang Iran memasuki Laut Mediterranean menerusi Terusan Suez bagi menunjukkan kekuatan, tindakan yang dipantau rapat Israel. - AFP

No comments:

Post a Comment