Pages

Saturday, February 4, 2012

Ingatan bahaya memandu laju



Sebuah motosikal remuk dijadikan peringatan agar pengguna jalan raya tidak memandu laju di Jalan Lenteng Agung, Tanjung Barat, Jakarta Selatan . - Agensi


JAKARTA - Banyak cara dilakukan pihak polis negara ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dan pemandu tentang bahaya kemalangan jalan raya yang sering menyebabkan korban.

Kebiasaannya, papan tanda amaran akan diletakkan di tepi-tepi jalan terutamanya di laluan yang sering menjadi lokasi nahas, namun berbeza pula di Jalan Lenteng Agung, Tanjung Barat, Jakarta Selatan.

Pengguna yang melalui jalan tersebut 'disajikan' dengan pemandangan sebuah motosikal remuk yang diletak di atas sebatang tiang tinggi sebagai peringatan agar tidak memecut laju kenderaan masing-masing.

Turut dipampang bersama peringatan unik itu adalah perkataan 'Jangan Seperti Saya', merujuk kepada keadaan motosikal yang remuk kerana terlibat dalam nahas jalan raya.

Struktur tersebut dipasang di jalan berkenaan kerana laluan itu sering dijadikan lokasi lumba motosikal oleh para remaja pada waktu malam.

Tahun lalu sahaja, kemalangan jalan raya merupakan pembunuh kedua rakyat negara ini selepas penyakit batuk kering. Bukan hanya itu, Indonesia turut berada di tempat pertama dengan jumlah kemalangan raya paling tinggi di ASEAN.

Ia antara lain disumbangkan oleh pertambahan pengguna motosikal yang kini mencapai 30 peratus dalam masa setahun.

Pertambahan kenderaan itu juga tidak diseimbangkan dengan pembangunan infrastruktur yang memadai dan akibatnya bilangan kemalangan jalan raya semakin meningkat.

Nahas jalan raya melibatkan pengguna motosikal juga mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 67 peratus berbanding kenderaan lain. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment