Pages

Saturday, February 4, 2012

Humban dari tingkat 7


SURAM...jenazah mangsa dibawa keluar dari bilik mayat HKL untuk dikebumi, semalam.
SURAM...jenazah mangsa dibawa keluar dari bilik mayat HKL untuk dikebumi, semalam.


KUALA LUMPUR: Kematian seorang wanita berusia 20-an yang pada mulanya disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, awal pagi semalam, nyata berunsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa.
Sikap rakan serumah mangsa yang hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu mengenai kesan melecur itu menimbulkan keraguan, sekali gus menyebabkan mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, penahanan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 24 tahun itu dilakukan kerana siasatan awal mendapati ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari kediamannya. Sumber itu berkata, sebelum itu polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam.
“Selepas memeriksa mayat mangsa, polis mendapati ada kesan lecur di badannya dipercayai akibat disimbah air panas. Berikutan itu Unit Forensik dipanggil ke lokasi kejadian untuk memeriksa kediaman mangsa.

“Hasil pemeriksaan, dirumuskan ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

“Rentetan itu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang juga rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu ketika disoal siasat ketiga individu terbabit hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai kecederaan dialami mangsa.

“Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan kepada polis dan mengesyaki ada unsur jenayah lain dalam kes kematian mangsa dan bukan membunuh diri,” katanya.
Sumber itu berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbukti kematian mangsa dalam kes ini disebabkan perbuatan jenayah dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan yang dibuat.myMetro | Humban dari tingkat 7:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment