Pages

Friday, February 17, 2012

Gurauan bawa padah

SINGAPURA: Niat beberapa pelajar itu hanya untuk bergurau, tetapi pihak sekolah tidak menganggapnya begitu.

Akibatnya, seorang pelajar terpaksa dibuang sekolah manakala dua lagi digantung.
Rabu lalu, dua orang pelajar lelaki junior sebuah kolej berkucupan kerana dicabar oleh pelajar lain.

Andy (bukan nama sebenar), 18, berjanji untuk mencukur kepalanya hingga botak sekiranya dua pelajar lelaki itu menyahut cabarannya.


Mereka berkucup di kantin kolej itu dan disaksikan oleh pelajar-pelajar lain.


Andy merakamkan perbuatan mereka menggunakan telefon bimbit, manakala yang lain mengambil gambar.

Sejak semalam, Andy sudah tidak lagi menjadi pelajar kolej itu.

Jurucakap Kementerian Pendidikan berkata, mereka mengambil tindakan membuang sekolah sebagai tindakan terakhir.

Dua pelajar yang berkucupan pula digantung sekolah.

Pengetua kolej berkata, ibu bapa pelajar itu “menyokong tindakan susulan yang diambil oleh pihak kolej.”

Khabar mengenai kejadian itu dibincangkan di sebuah forum di Internet, minggu lalu.

Pelayar internet berpendapat, Andy tidak sepatutnya dibuang kolej.

Seorang daripada mereka menulis, “Pada pendapat saya, tidak sepatutnya pelajar itu dibuang kolej. Saya merasakan perbuatan itu salah.” - Asiaone

myMetro | Gurauan bawa padah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment