2012/02/07
Majlis Ulama Indonesia beri bayaran jika pekerja seks tinggalkan kegiatan JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkata pihaknya mencapai kejayaan dalam usaha menghapuskan gejala pelacuran yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan Jawa Timur.Menurut MUI, program berkenaan menawarkan insentif sebanyak Rp 3 juta (RM1,020) kepada pelacur yang meninggalkan bidang itu.“Langkah ini bertujuan menghapuskan kompleks pelacuran di Jawa Timur. Syukur kerana 20 wanita sudah bertaubat,” kata ketua MUI cawangan wilayah berkenaan, Abdusshomad Buchori.
Mereka berkhidmat di kompleks pelacuran Bangunsari yang terletak di bandar raya Surabaya.
Selain wang tunai yang diberikan sebagai modal memulakan perniagaan kecil, wanita berkenaan turut diberikan latihan vokasional, kata Abdusshomad.
“Kemahiran diperlukan untuk mereka berjaya di kampung masing-masing. Kami meyasarkan untuk membasmi pelacuran tetapi ia memerlukan satu jalan penyelesaian, bukan sekadar menghapuskan ia begitu saja,” katanya.
Selain Bangunsari, Surabaya turut mempunyai beberapa pusat pelacuran termasuk rumah urut Dolly yang terkenal di pusat bandar raya itu.
Di Bangunsari saja, Abdusshomad berkata, bilangan pelacur semakin berkurangan daripada beribu-ribu kepada 150 orang sejak program itu bermula.
Seorang wanita yang menerima tawaran wang tunai berkenaan dan kembali ke kampungnya ialah Anjarwati, 46, yang berasal dari Mojokerto, kira-kira 50 kilometer ke barat Surabaya. – Antara Berita Harian Online | Gejala pelacuran bakal dihapuskan:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment