Minyak mentah Brent mencatat harga AS$125 (RM376.8) setiap tong sejurus selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mengeluarkan laporan membimbangkan mengenai program nuklear Iran.
Laporan itu turut meningkatkan kebimbangan berlaku gangguan bekalan minyak, selain mencetuskan konflik di Israel.
Jika keadaan itu berlaku, ia pasti memberi kesan ke atas Timur Tengah dan mendorong harga minyak melambung.
Sumber berkata, Arab Saudi meningkatkan eksportnya sejak minggu lalu dan menawarkan bekalan tambahan kepada pelanggan bagi menyaingi kenaikan harga pasaran.
Tindakan itu dibuat ketika AS mengkaji cadangan menggunakan Simpanan Petroleum Strategik bagi mengimbangi pengurangan eksport minyak Iran. Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner, berkata ada kemungkinan AS menggunakan rezab minyaknya.
“Iran boleh membuat kerosakan besar kepada ekonomi dunia. Kami bertindak berhati-hati bagi meminimumkan risiko itu,” katanya. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment