SEORANG wanita (dalam bulatan) duduk di tepi balkoni di bangunan. tempatnya bekerja di Athens kelmarin. |
ATHENS, Greece - Seorang pekerja wanita mencetuskan detik-detik cemas apabila dia mengancam untuk terjun dari bangunan tempat dia bekerja di sini kelmarin.
Pekerja wanita itu duduk di tepi balkoni bangunan Pertubuhan Perumahan Pekerja seperti dia mahu terjun.
Seorang saudara wanita itu kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa anggota polis.
Dia mengancam untuk terjun selepas pemerintah memutuskan untuk menutup pertubuhan tersebut dan membuang pekerja.
Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan tidak bertindak untuk terjun dari tingkat dua menyebabkan drama tersebut berakhir selepas lebih empat jam rundingan dibuat antara para perunding dengannnya.
Greece kini berdepan dengan masalah hutang negara sebanyak AS$350 bilion (RM1.07 trilion) yang menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan dasar berjimat- cermat termasuk mengurangkan pekerja bagi mengelakkan negara daripada menjadi bankrap. - AgensiKosmo! Online - Dunia:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment