Pages

Friday, February 3, 2012

6 warga Afghanistan ditemui tak bermaya

KOTA TINGGI: Polis menemui enam lagi individu dipercayai warga Afghanistan mendakwa terselamat dalam kejadian bot pancung karam di kedudukan 7 batu nautika, berhampiran pantai Teluk Semayong, Sedili Besar di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, keenam-enam lelaki terbabit berusia antara 20 hingga 35 tahun dijumpai pihaknya berhampiran Jambatan Tanjung Sedili pada jam 10 malam.

“Hasil soal siasat, semua lelaki terbabit mendakwa warga Afghanistan dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri kononnya hilang ketika bot pancung karam.
“Mereka ditemui ketika duduk dalam keadaan tidak bermaya oleh pasukan peronda menjalankan rondaan rutin tiga kilometer dari Balai Polis Sedili.

“Semuanya tidak mampu berbahasa Inggeris dan kami mendapatkan khidmat jurubahasa merekodkan kenyataan mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Tinggi, di sini, semalam. Berkaitan perkembangan kes terbabit, Che Mahazan berkata, satu lagi mayat ditemui terdampar di pantai Teluk Semayong pada jam 2.30 petang semalam.

“Pemeriksaan mendapati semua penumpang bot terbabit adalah 29 orang termasuk dua tekong warga Indonesia. Kedua-dua tekong melarikan diri. “Daripada 27 warga Afghanistan, Iraq serta Pakistan yang menjadi penumpang, 18 mangsa terselamat,” katanya. Sembilan yang lemas membabitkan lima warga Pakistan manakala empat lagi belum dikenal pasti. ““Orang ramai diminta untuk menghubungi talian 07-8837222 bagi menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kes ini,” katanya.myMetro | 6 warga Afghanistan ditemui tak bermaya:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment