Pages

Friday, January 20, 2012

Wanita tua enggan ke hospital sorok dalam belukar

ALOR GAJAH: “Aku tak nak ikut dia, aku tak mahu ke sana,” jerit Halijah Kidam, 75, sebelum menghilangkan diri dalam kawasan belukar di belakang rumahnya di Kampung Solok Uban, Brisu, dekat sini, petang kelmarin.
Difahamkan, kejadian pada jam 4 petang itu berlaku apabila warga emas yang mengalami penyakit mental sejak 40 tahun lalu enggan dibawa ke hospital selepas mengalami bengkak pada kedua-dua belah kaki.

Dia menyusup secara senyap ke dalam belukar selepas gagal dipujuk anaknya untuk ke hospital.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2, Jamaluddin Jalil berkata, sepasukan anggota bersama dua jentera dan sebuah pacuan empat roda dikerah ke tempat kejadian.

“Wanita itu ditemui terbaring lemah di pangkal pokok pulai, 250 meter dari rumahnya jam 11.27 malam,” katanya.

No comments:

Post a Comment