Pages

Monday, January 23, 2012

Usaha menyelamat diteruskan


KEDUDUKAN kapal pesiaran Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio, Itali semalam.


PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini.

Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam.

Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu.

Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat.

Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang.

Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik.

Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam.

Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan.

Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut.

Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment