Pages

Monday, January 16, 2012

Tiga mangsa berjaya diselamatkan


SEBUAH bot yang membawa para penyelam skuba mendekati kapal persiaran Costa Concordia semalam.


PULAU GIGLIO - Petugas-petugas penyelamat mengeluarkan pasangan suami isteri Korea Selatan dari kapal persiaran mewah Costa Concordia yang terbalik selepas terlanggar kawasan berbatu di perairan barat Itali, lapor agensi berita rasmi ANSA kelmarin.

Menurut ANSA, pasangan berusia 29 tahun yang sedang berbulan madu itu diselamatkan beberapa anggota bomba dari dek bawah Costa Concordia.

Pasangan berkenaan yang pertama kali belayar, menaiki menaiki kapal Costa Concordia di Civitavecchia, selatan perairan Itali.

Laporan tentang perkembangan tersebut tersebar selepas seorang jurucakap pasukan bomba di lokasi kejadian, Luca Cari memberitahu agensi berita AFP bahawa 35 petugas kecemasan cuba sampai ke ruang tempat pasangan berkenaan berada.

Mereka terperangkap di kabin 302 atau dua dek dari permukaan tempat pasukan penyelamat berada di atas kapal separuh tenggelam itu.

Semasa kejadian, satu operasi mencari puluhan mangsa daripada 4,200 penumpang dan kru kapal yang hilang sedang dilakukan.

"Kami memeriksa setiap kabin dan apabila kami tiba di buritan kami berteriak dengan harapan ada yang akan menyahut dan itulah yang berlaku," kata ketua pasukan bomba, Fabio Bargagna berhubung bagaimana mereka dapat mengesan pasangan tersebut.

Pasangan Korea berkenaan berada dalam keadaan baik dan boleh berjalan keluar dari bot bomba dan menaiki sebuah ambulans yang membawa mereka mendapatkan rawatan lanjut di pulau ini.

Sementara itu, mangsa ketiga berjaya diselamatkan dengan sebuah helikopter mengangkutnya dengan tali semalam keluar dari kapal Costa Concordia.

Mangsa terbaharu yang diselamatkan itu ialah seorang pekerja kabin warga Itali dan dia dikeluarkan 36 jam selepas kapal berkenaan terbalik di tepi pantai Pulau Giglio. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment