Pages

Monday, January 23, 2012

Sri Lanka usir 161 pendakwah Islam

Global
COLOMBO - Kerajaan Sri Lanka dilaporkan telah memutuskan untuk mengusir seramai 161 pendakwah Muslim asing dari negara itu berhubung kesalahan melanggar peraturan-peraturan visa.

Seorang pegawai kanan imigresen dipetik BBC berkata, pendakwah-pendakwah terbabit tidak boleh menyampaikan kuliah agama di masjid sebab mereka menggunakan visa pelancong.

Katanya, sesetengah umat Islam tempatan juga mendakwa  pendakwah terbabit tidak menyampaikan ajaran Islam moderat.

Pendakwah-pendakwah terbabit adalah dari Bangladesh, India, Pakistan, Maldives dan negara-negara Arab. Mereka dikehendaki meninggalkan Sri Lanka menjelang 31 Januari ini.

"Mereka telah melanggar undang-undang imigresen. Visa pelancong hanya untuk bercuti atau melawat kawan-kawan dan keluarga, bukannya menyampaikan Islam," kata ketua imigresen Sri Lanka, Chulananda Perera dipetik agensi berita AFP.

Katanya, pendakwah terbabit merupakan anggota pertubuhan Islam antarabangsa yang popular di Sri Lanka dan rantau ini, Tablighi Jamaat.

Anggota masyarakat Islam dalam kerajaan Sri Lanka melahirkan keprihatinan mereka berhubung tindakan pihak berkuasa imigresen dan mahu mengadakan pertemuan lewat hari ini untuk menangguhkan tindakan itu.

Masyarakat Islam merupakan etnik ketiga terbesar di Sri Lanka.

No comments:

Post a Comment