Pages

Monday, January 9, 2012

Sindiket curi lori RM1 juta tumpas



MOHD. FAUZI (kiri) mendengar sesuatu daripada pegawainya mengenai kegiatan mencuri lori oleh Geng Maday pada sidang akhbar di Bagan Serai, Perak semalam.


BAGAN SERAI - Kerisauan pemandu di daerah Kerian di sini mengenai kecurian lori sejak tiga bulan lalu berakhir apabila polis menahan empat lelaki bergelar Geng Maday Rabu lalu.

Suspek-suspek berusia lingkungan 20 dan 40-an tersebut ditahan bersama 11 buah lori yang dicuri di sekitar daerah ini dan Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mohd. Fauzi Nayan berkata, kesemua suspek itu ditahan selepas pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kejadian tersebut.

Katanya, polis menerima enam laporan mengenai kehilangan lori di sekitar daerah Kerian sejak tiga bulan lalu termasuk yang terbaharu di Taman Pekan Baru, Parit Buntar dekat sini pada 2 Januari lalu.

"Risikan polis membawa kepada penahanan empat anggota sindiket terbabit yang dipercayai turut mencuri sekurang-kurangnya lima lori di Nibong Tebal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, soal siasat kemudian menemui lori yang dilaporkan hilang 2 Januari lalu di kawasan Jalan Kuala Kangsar, Ipoh kira-kira 120 kilometer dari sini tiga hari kemudian.

Menurut Mohd. Fauzi, siasatan awal mendapati kesemua lori yang ditemui itu dalam proses untuk dileraikan sebelum komponennya seperti enjin, tayar, stering, rim, kotak gear dan ekzos bernilai lebih RM1 juta hendak dijual di beberapa pusat pengumpulan barangan lusuh di sekitar Ipoh.

"Modus operandi Geng Maday ialah mencuri lori yang diletakkan di tepi-tepi jalan pada waktu malam dan awal pagi dengan mencantum wayar untuk menghidupkan enjin lori," katanya.

Ujar Mohd. Fauzi, suspek menerima bayaran sebanyak RM3,000 bagi setiap lori yang dicuri dan polis sedang menjejaki seorang dalang sindiket berusia 58 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment