Pages

Friday, January 20, 2012

Russia bantah kuasa Barat serang Syria

AKTRES Syria, Fadwa Suleiman diwawancara agensi berita Barat ketika membincangkan sokongannya kepada pemberontak anti pemerintah dari bandar Homs.
AKTRES Syria, Fadwa Suleiman diwawancara
agensi berita Barat ketika membincangkan
 sokongannya kepada pemberontak
 anti pemerintah dari bandar Homs.


BEIRUT: Sekutu kuat Syria, Russia berikrar akan menghalang sebarang cubaan campur tangan ketenteraan oleh kuasa Barat, ketika Damsyik berusaha menghapuskan pemberontakan dan kekacauan yang berlarutan sejak 10 bulan lalu.

Kenyataan sokongan itu dibuat Menteri Luar Russia, Sergey Lavroy, yang paling lantang pernah dibuat oleh Moscow dalam isu membabitkan pergolakan di Syria.
Ia juga menjelaskan bahawa pendirian Russia dalam isu campur tangan kuasa asing ke atas Syria tidak berubah.
Sokongan Russia itu disuarakan ketika Bashar semakin yakin bahawa beliau mampu menangani pemberontakan di negaranya dengan bantuan sekutunya itu termasuk China dan Iran. 

“Jika ada pihak cuba menggunakan kuasa tentera di Syria, kami boleh menghalangnya daripada berlaku, walaupun terpaksa menggunakan cara paling keras. 

“Biarkan mereka (kuasa Barat) bertindak menggunakan inisiatif sendiri. Mereka tidak akan dapat kelulusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. 

Lavrov berkata, draf Russia bagi resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai keganasan di Syria yang diedarkan Isnin lalu, bertujuan menjelaskan pendirian negaranya bahawa tiada alasan untuk melaksanakan campur tangan ketenteraan di Syria. 
Bagaimanapun, diplomat Barat berkata draf itu tidak mengandungi kecaman ke atas tindakan keras Bashar ke atas orang awam di negara itu. 

Majlis Keselamatan gagal mencapai sebarang persetujuan mengenai resolusi dalam isu Syria sejak keganasan bermula berikutan bantahan keras dari Russia dan China, dua negara yang mempunyai kuasa veto. 

Oktober lalu, Russia dan China menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi yang disokong Amerika bagi mengecam tindakan keras Bashar dan ancaman untuk mengenakan sekatan. 

Rejim Syria semakin terpencil sejak 10 bulan lalu ketika negara itu meningkatkan tindakan kekerasan ke atas pemberontak dan penunjuk perasaan anti kerajaan, sama seperti yang berlaku di beberapa negara lain di wilayah Arab. 

PBB berkata, keganasan di Syria setakat ini sudah mengorbankan 5,400 nyawa. – AP 

No comments:

Post a Comment