Pages

Saturday, January 28, 2012

Penduduk berang sikap menteri




Beratus-ratus baju dalam wanita digantung di pagar pejabat Kementerian Dalam Negeri, Jakarta Pusat. - AGENSI


JAKARTA - Beratus-ratus penduduk Tanah Merah di Jakarta Utara mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri di Jalan Merdeka Utara, Jakarta Pusat.
Dalam tunjuk perasaan itu, mereka turut menggantung beratus-ratus baju dalam wanita di pagar pejabat tersebut sebagai simbolik terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi yang begitu takut mempermudahkan urusan mendapatkan kad pengenalan (KTP) penduduk Tanah Merah.
Beratus-ratus penduduk Tanah Merah berasa kecewa kerana urusan memperoleh kad pengenalan tidak dipermudahkan, walaupun surat rasmi telah dihantar kepada gabenor dan ketua-ketua kota di seluruh negara.
Gabenor Fauzi Bowo menolak surat itu dengan alasan penduduk menduduki tanah milik orang lain, lapor Kompas.com.
Menurut ketua penganjur protes, Aris, mereka kecewa dengan sikap Kementerian Dalam Negeri kerana tidak berani menentang tindakan Fauzi.
"Fauzi yang hanya seorang gabenor jelas melanggar arahan Gamawan, tetapi Menteri itu dilihat tidak berani menentangnya," kata Aris.
Aris berkata, jika tiada usaha diambil untuk mengatasi masalah ini, maka protes besar-besaran akan diadakan dan mereka akan menutup jalan-jalan utama di bandar itu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment