Pages

Friday, January 13, 2012

Pendakwa mati ditembak dalam mahkamah

BERLIN: Seorang defendan menembak mati pegawai pendakwa di sebuah mahkamah di Dachau, selatan Jerman, semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Kehakiman Jerman, lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

Katanya, pegawai pendakwa itu disahkan mati di hospital tidak lama kemudian.
“Ketika itu tertuduh dibicarakan dalam kes pertikaian keluarga,” katanya.

Jurucakap polis pula berkata, lelaki terbabit ditahan di tempat kejadian.

“Setakat ini, kami tidak diberitahu ada orang lain cedera,” katanya.
Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan, mangsa berusia 31 tahun dan mula bertugas sebagai pegawai pendakwa setahun lalu.

Mangsa dilaporkan cedera di lengan, bahu dan perut. - AFPmyMetro | Pendakwa mati ditembak dalam mahkamah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment