Pages

Friday, January 13, 2012

Pemantau Arab di Syria kecewa


KAHERAH 12 Jan. - Delegasi pemantau Liga Arab ke Syria berdepan kesukaran, dengan dua anggota mengancam untuk menarik diri dalam masa 24 jam kerana misi mereka dilihat gagal memberi kesan kepada proses perdamaian di negara itu.

Seorang pemantau yang tidak mahu namanya dikenali, semalam berkata, beliau sudah bersedia menarik diri, sekali gus menjejaskan usaha damai misi tersebut sehari selepas anggota pemantau dari Algeria, Anwar Malek memberitahu TV Al-Jazeera bahawa beliau menarik diri kerana misi keamanan itu hanya sandiwara.

Kedua-dua mereka jelas terkejut dengan situasi dahsyat yang berlaku di Syria dan berkata, pertumpahan darah tidak reda walaupun dengan kehadiran misi pemantau Liga Arab.

Keputusan menarik diri oleh Malek menjadi satu tamparan kepada misi tersebut, yang sememangnya dikritik oleh pembangkang Syria sebagai boneka yang hanya berkhidmat untuk memenangi hati Presiden Bashar al-Assad.

Tugasnya dikejutkan dengan serangan ke atas pemantau di pelabuhan barat Latakia pada minggu ini yang mencederakan 11 mangsa, menyebabkan Liga Arab mengambil keputusan menangguhkan sementara penghantaran pemantau baru dengan bilangan yang lebih ramai daripada 165 anggota sedia ada.

Peletakan jawatan terbaru itu dilihat akan lebih menjejaskan kredibiliti badan itu.

Ditanya sama ada beliau bersetuju tindakan Malek itu berpunca daripada misi tersebut yang dianggap gagal, pemantau itu menyokong.

"Saya sendiri akan cuba keluar esok. Saya mahu ke Kaherah atau tempat lain kerana misi ini tidak jelas. Ia tidak berkhidmat untuk rakyat di situ, ia sebenarnya tidak berbuat apa-apa," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Syria mengeksploitasi kelemahan delegasi dan ia jelas kelihatan melalui beberapa peralatan tentera yang masih wujud termasuk di dalam masjid.

"Kami meminta peralatan tentera dikeluarkan dari masjid Abu Bakr al-Siddiq di Deraa dan hingga kini ia masih berada di situ," katanya. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment